Thursday, December 31, 2015

last post 2015


tak dapat dinafikan, tahun 2015 lah tahun paling hmm macam mana nak cakap eh. tahun yang paling banyak suka duka aku rasa. tahun paling banyak aku meraung. tahun paling banyak aku seksa, tahun paling banyak aku tunjukkan kelemahan aku depan orang. depan Tuhan. Allahu. saat aku diuji, aku lemah sangat. aku makin jauh. aku makin menyalahkan semua. tipu la kalau tak pernah down kalau saat diuji macam tu. dan dalam masa yang sama aku dikurniakan famili dan sahabat uia the only one who knows pasal diri aku(u know who u are) yang tak lekang bagi support. walau dalam diam. bersyukur sangat. may Allah bless your life. tak dapat nak balas jasa, doa yang baik baik saja aku mampu. terima kasih.

so here, selamat tinggal 2015. hello 2016 :) no more tears, please. haha umi abah putri dan semua, terima kasih. minta maaf beribu ampun selalu menyusahkan dengan segala sakit ni. thank you for the memories created in 2015. thank you thank you. may 2016 would be better than 2015.

Sunday, October 11, 2015

ipohmali

yeyy alhamdulillah finally my wishlist accomplished
trip to ipohhhh with le besfren.

walaupun plan pergi lain, hmm
kata kata umi, tingkah laku umi, malam tu memang tertinggal kesan.
sampai sekarang tak boleh lupa. tiap malam mesti terngiang. 
sampai begitu sekali umi tak bagi pergi.
only Allah knows rasa dia macam mana dengan kata kata macam tu. 
ikutkan hati fobia dah nak balik rumah.
takut, takut dengan pelbagai kata kata.

tapi tak ape la. one of my wishlist dah boleh right tick :)
ada mata ke tak tu lela? hmm mata pedih bakhangg.
special thanks to singa laut. sebab sudi teman bawak jadi driver, jadi tukang waze, tukang amek gambar, tukang membebel, tukang tidur, tukang muntah, tukang tangkap katak melekat, tukang lipat baju, tukang bertanggungjawab menyindir soalan bodoh sayaa tu haha. tukang ape lagi eh. hm terlalu banyak jasa. tak termampu nak balas. terima kasih banyak banyak . walaupun benda ni hanya sementara. terima kasih. may Allah rewards all your kindness. 

andai kata sampai satu masa aku akan lupa semuanya, 
moga kamu semua sentiasa akan tabah dengan aku. 

p/s: ais kepal mana ais kepal? T___T


Thursday, October 01, 2015

lot dan makanan



starting todayyy....
im gonna eat what foods comes to my mind.
bila tengok member yang sakit macammacam cancer, 
terus rasa macam emm emm
dalam hati,
selagi aku boleh makan, aku patut makan.
tak payah nak tahan tahan
kau nak muntah, muntah lah kau
telan je semua selagi boleh.
kang menyesal kemudian hari tak dapat makan
meraung la kau sensorang atas katil tuh.
keluar air mata darah pun tak dapek nak nolong aih. hahah

sayaaaaa nakkkk makannnnn :D

tapi ada time dia. pulak dah.
betul, ada time terasa tak lalu sangat nak makan oi.
tu pun paksa diri jugak. 
makan bubur, demi bagi tenaga kat badan.
tapi kan,, tiap kali nak bubur
dan nak beli bubur.
mesti kedai tutup. ahahahahha podah dei



Friday, September 04, 2015

happy birthday unbiological sister


minta maaaaaf banyak banyak sebab celebrate only two of us. haha. cupcake cantik, sayang nak makan. gigih redah pi amek dekat sana. mauuuu meraung ingat balik malam semalam. haha >.<



sooo sorry no surprises. no best present to give. ikhlas doa dalam hati saja mampuuuu :) please obey the rules hokay. dah janji kan? hihi saja nak didik jadi penyabar. hahahahaha 

and what i'm saying last night was true. minta maaf segala salah silap sepanjang persahabatan. i know, terlalu banyak. even there's something happen, hope our friendship kekal sampai bebila insyaAllah :) hugggg dari jauh. hug laptop. 250815

Wednesday, September 02, 2015

the day


last 22 august. umi beria sangat ajak aku pergi sekolah. bawak kawan. kebetulan haritu ada rimup(majlis hari raya plus hari kokurikulum) kalau tak silap la. aku pun tktau kenapa umi sangat sangat sangat beria suruh datang on that daaay. setiap hari tanya pergi ke tak? siapa lagi pergi? and jawapan aku tiap hari jugak sama. "taktahu lagi umi, dorang tak reply." "taktau lagi", "taktau taktau dan taktau". sampai lah hari 22 august tu muncul. disebabkan rasa serba salah dan tak sampai hati dengan umi kalau tak pergi, so i was decided to go there even kawan aku tak pergi. and message punya message. 4 outt of 6 including me, pergi. and yessss! happy oii. lama gila tak jejak kaki pergi sekolah sama sama.

sampai sana. carik makanann dulu ahhh. lapaaaar siih. makanan first aku carik, sateyy! hihi. dah habis makan, jumpa laaa memana cikgu including umi. haha dulu umi acah tak kenal kalau kat sekolah. sekarang aku pulak balas balik acah tak kenal.kihkiih. adil la tu umi :p

majoriti semuaaaaaa cikgu dah tak kenal aku. rasa macam nak gantung je kertas kat badan tulis "saya laila, anak cikgu rohana, yang cikgu mengajar dulu" penat woi, jumpa sorang, tanya soalan yang sama T__T semua cakap beza gilaaaa. awak diet ke? teacher, if i give you the real answer, it can makes me cryyy teacherrrr. so aku angguk saja yang mampu. my answer: "haah, diet ni". "jaga la makan tiap tiap hari" "tiap hari tak makan nasik pun~" "eh tak la, mana ada diet, ni sebab jalan gi kelas jauh ni, tu yang jadi macam ni" lol sangat. menipu je kerja.

and the most part yang tak boleh lupa. bila ada seorang cikgu yang datang peluk aku dengan tiba tiba. cikgu disiplin pulak tu. the one yang suka jerkah orang. the one yang suka cubit, kepit kepala student bawah ketiak T_T and the one who suka perli pedassss siot ayat dia. she said "tak apa, awak kuat, saya tau awak kuat"(sambil peluk tepuk badan aku slowslow) dalam hati, ya Allah, how did she know this? ni mesti kerja umi ni. haha hai umi umi. jangan la cerita pasal anakmu ini didepan kawanmu yang merupakan cikguku. ku tak kuat sebegitu rupa umi T_T that time, Allah je la tau perasaaaaaan bila cikgu cakap macam tu. hahhh meraung kejap*




lepas balik, terfikir.  mungkin umi nak kenalkan aku yang the new one to others cikgu? mungkin umi beria ajak sebab nak suruh ingat balik waktu zaman zaman sekolah dulu?mungkin mungkin dan mungkin. kadang tanya jugak dekat kawan, cikgu ni pernah ajar aku ke? hahahaa gilaaa. padahal semua kawan tu bukan sekelas pun dengan aku, gigih dorang ingat balik siapa cikgu aku. ahaha bianeee chinguya.

orang yang pemarah, ialah orang yang penyayang. kata orang* jujur, aku tak kisah kena marah. satu saja aku minta. jangan berhenti marah aku. 
-umi.abah.kakak.abang.cikgu.kawan. terima kasih untuk segalanya :)

Thursday, August 27, 2015

tears in your eyes


bun, take care over there,
see you next year,
di bandung ya kita ketemu. 


Monday, January 12, 2015

nak pergi

nak pergi ipoh, nak pergi penang, nak pergi johor, nak pergi terengganu.
tak kira, nak pergi jugak. haha kbai